Tuesday, 28 February 2012

happy ending . . .

Pagi yang indah lagi syahdu ini telah membangkitkan aku dari mimpi yang terlena . Kuantan sedang memanggil aku untuk pulang ke pangkuan nye . Keriangan yang terselah disetiap wajah para peserta telah menceriakan hari-hari terakhir kami di sini . Kami membersihkan peralatan yang telah kami gunakan terutama sekali khemah .


mari mencuci


Setelah kesemua peralatan telah dicuci dan dikemaskini , kami semua berkumpul mengikut kumpulan gunung masing2 utk menjalani post mortem buat yang terakhir . Fasi mengembalikan barang2 rampasan kami yang telah diambil ketika dahulu . 


walaupun penat , tapi kami berasa sungguh gembira


Kami memulakan perjalanan pulang pada pukul 5 ptg . Terasa rindu orang di kuantan tetapi tidak lupa juga kepada rakan2 seperjuangan ketika Final Camp . Dalam zaman yang serba canggih ini , org yang jauh pun terasa dekat jek sebab kteowg ade group facebook untuk peserta2 FSR Final Camp Tasik Chenderoh 2011 . Kami dapat menghubungi melalui facebook mahupun twitter . Kami selamat sampai di Kuantan pada jam 10.30 malam .

*p/s : walaupun jauh di mata , tapi terasa dekat di hati



titik-titik keriangan . . .

Hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap peserta !

Ibarat mendapat durian runtuh . Inilah yang dapat digambarkan oleh setiap wajah keriangan peserta yang terukir . Dengan bertambah semangat , kami bersama-sama membersihkan dan mengemas seluruh camp site ini . Dengan lipas kudung peserta2 ni buat kerja . Maklum lah masing2 rindu kampung halaman , tempat jauh lagi dikenang . Selepas kesemua khemah telah dikemaskan kan , kesemua peralatan dikumpulkan . Aku dan Iskandar sebagai Ajk Peralatan melakukan tugas kami dengan cepat dan cermat . Menyemak semula peralatan yang dibawa supaya ia berada dalam kuantiti yang mencukupi dan baik . Setelah mengumpul kesemua peralatan UCSA , kami memindahkan kesemua peralatan itu ke dalam lori yang telah disewa . Kami berkumpul sambil menunggu bus yang masih belum tiba . Setelah menunggu dan menunggu , akhirnya bagai bulan jatuh ke riba , bus yang dinanti akhirnya kembali . Kami berpusu-pusu menaiki bus mengikut group masing2 . Masuk jek dalam bus , tak sampai beberapa minit masing2 dah melelapkan mata kerana keletihan mengalahkan orang berpuasa .


peserta berjalan pulang dengan kegembiraan


Kami selamat sampai ke kolej kenanga , tempat pertama sekali kami berkumpul . Di situ kami berkumpul untuk menghadiri majlis makan malam yang berada di sekitar Uitm Shah Alam . Kami mempersiapkan diri dengan memakai baju melayu yang dijadikan tema untuk majlis makan malam kami . Kami menelan segala makanan yang berada di situ sehingga puas kekenyangan . Kami juga dihiburkan dengan pelbagai nyanian dan tarian oleh peserta dan fasi . 


kekenyangan yang tidak boleh disembunyikan


Perut sudah kenyang , mata pun nak pejam . Elok la tue , tidur dalam kelas aircond . Memang terbaek bohh ! Ngantuk laa , ape lg ? Tidur dulu deyh . ZzZzZzz . . .

camp craft . . .

Aktiviti Hari ke-empat Pulau Kapas : Camp Craft

Setelah semalaman berada di dalam hutan tanpa kekurangan dari segi makanan dan minuman , ahli kumpulan aku mengukir senyuman dan kegembiraan setelah melihat kawan2 seperjuangan kami yang lain menyambut kami seperti seorang hero negara yang telah menyarung emas olimpik pertama untuk negara . Kami diibaratkan seperti seorang raja apabila dihidangkan semangkuk bubur yang besar dan ditemani secawan teh o . Setelah berjaya mengharungi survival yang amat sukar dan di akhiri dengan keenakan sajian di pagi hari membuatkan mata yang telah aku pakai semalaman ini ingin berehat . Aku pun melayani keinginan mata ini buat seketika tanpa pengetahuan fasi . Ramai juga yang bertafakur seketika di dalam khemah masing2 . Setelah dapat membayar semula waktu tidur aku ketika di sana , aku terus mencapai tuala di ampaian dan bergegas ke bilik air . Terasa kepenatan yang dialami semalam hilang begitu sahaja . Bersiap sedia untuk aktiviti yang seterusnya .


 gambar sekadar hiasan


Kami menjalani aktiviti yang simple selepas seharian membanting tulang untuk menyara hidup di dalam hutan . Kami pun menjalankan tugas yang diberikan masing2 . Ahli kumpulan aku membetulkan ampaian di seluruh camp site dan menyapu khemah pusat . Kami melakukan aktiviti ini sehingga ke malam . Kemudian disusuli dengan post mortem . Ahli kumpulan kami ditugaskan untuk menjadi pengawal malam ketika itu . Kami berlegar-legar di sekitar camp site dan melakukan tugasan itu dengan bertanggungjawab tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini . 

Monday, 27 February 2012

survival series . . .

Aktiviti hari ketiga Pulau Kapas : Survival !

Bagaikan bulan jatuh ke riba . Hari yang dinantikan oleh semua peserta untuk mereka mengetahui sejauh mane ketulusan dan keikhlasan persahabatan di antara ahli kumpulan masing2 . Masing2 telah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal dalam mengharungi apa2 sahaja yang berlaku . Ada peserta yang berasa gelisah dan gundah gulana terutama sekali kaum hawa apabila menjalani survival ini sedangkan aktiviti belum bermula lagi . Kami memulakan perjalanan dengan menaiki bot untuk menyeberangi tasik ke sebuah pulau yang terpencil di sekitar pendalaman . Di situ , aku dapat merasakan suasana yang aman , sunyi dan tenteram dari segala pencemaran bunyi mahupun udara seperti yang berada di kota metropolitan . Kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami mengenai serba sedikit tentang orienteering .


inilah dia orienteering


Dengan berbekal kan surah yasin , telekong , sejadah dan kain pelekat kami diberikan kemudahan dari segi makan minum serta tempat tinggal . Fasi memberi kami pilihan untuk membentuk kehidupan kami dalam survival ini . Dengan kata sepakat , kumpulan aku mengambil parang , mancis , mestin dan flyshit bersertakan air secara percuma . Kami mengunjungi tapak survival kami yang diarahkan oleh abg megat . Setelah diberikan tapak survival dan passwod , kami terus menjalankan tugas yang diberikan tanpa sebarang bantahan . Aku ditugaskan untuk mengumpul kayu2 api sebanyak yang mungkin sehingga ke esok pagi . Aku dengan bersemangat ingin berbakti kepada kumpulan adalah dengan membantu segala keperluan yang masih belum disiapkan seperti pagar dan tempat berteduh . Malam mula menjelma , unggun api belum bersedia . Sepantas kilat aku mempersiapkan unggun api sebelum cahaya bulan menerangi malam ku . 


gambar sekadar hiasan


Dalam keindahan pada malam itu , segala cerita pahit , manis , suka dan duka telah menghiasi malam kami yang kebosanan . Dengan berbekal kan kopi yang enak , kami berkongsi cerita dan pendapat masing2 sehingga kesemua ahli kumpulan aku masih tidak jemu2 berborak sehinggalah kami tidak sedar pagi sudah kembali . Fasi yang hadir ke tapak kami tidak jemu menyuruh kami bertukar syif untuk berjaga tetapi aku rasa sangat segar selepas memperkenakan kopi yang lazat . Sehinggalah matahari terbit , kami membersihkan tapak survival dengan arahan drpd fasi yang bertugas . Kami berkumpul sebelum beransur pulang ke camp site . Dengan ini , aku dapat merasai betapa susahnya orang2 di zaman dahulu menyara hidup mereka terutama sekali bagi mereka yang mempunyai keluarga . Kita perlu bersyukur dengan segala nikmat dan kemudahan yang diberikan kepada kita . 


*p/s : susah-susah dahulu , senang-senang kemudian

keindahan kayak . . .

Aktiviti hari kedua Pulau Kapas : Kayak

Walaupun kesemua peserta nampak keletihan tetapi semangat membara yang ditunjukkan oleh setiap peserta membuatkan aktiviti yang seterusnya ini lebih enjoy . Mane tak nye aktiviti yang ditunggu-tunggu adalah kayak disekitar tasik . Fasi memberikan sedikit taklimat dan penerangan mengenai sejarah kayak , teknik berkayak , ciri-ciri keselamatan ketika berkayak dan sebagainya .


salah satu kayak jenis sit-on-top


Aktiviti kayak kami bermula pada pukul 12 tengah hari . Nasib baik cuaca mengizinkan kami untuk meneruskan ekspidisi kayak ini . Walaupun ramai awek-awek yang membebel kerana kulit mereka akan gelap kerana aktiviti ini tetapi jejaka-jejaka disana tetap teguh dengan pendirian mereka untuk meneruskan aktiviti walau dipukul ombak sekalipun bak kata pepatah , kalau takut dilambung ombak , jangan bersantai di tepi laut . Mujurlah partner aku diatas kayak adalah Iskandar Dzulqarnain . Beliau seorang yang profesional dalam bidang kayak ni . Beliau banyak memberi arahan dan tunjok ajar yang berguna pada masa hadapan sehingga ke anak cucu . Dipendek kan cerita , kami mengelilingi sekitar tasik chenderoh yang indah mempesona ini . Dikelilingi teratai2 yang mekar bersertakan air tasik seindah embun pagi telah menyemarakan mata kami . Bermain di fikiran ku , adakah semua yang berlaku ini adalah ilusi , imaginasi mahupun halusinasi semata-semata ? Ternyata segala persoalan yang bermain di minda adalah nyata . Kami meneruskan dayungan sehingga ke penghujungnya . Setelah berpenat lelah , kami di uji dengan melakukan aktiviti cap-size . Kami menjalankan aktiviti cap-size ini dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi . Tanpa rasa ragu , 5 kali melakukan cap-size tanpa henti . Setelah apa yang telah aku tempuhi ketika aktiviti berikut barulah aku sedar indah nya ciptaan Tuhan yang Maha Agung ini .


*p/s : Tidak perlu lah kita menjelajahi ke serata dunia untuk menjejaki keindahan bumi asing sedangkan di bumi sendiri tercipta sebuah khazanah yang dapat memberi nostalgia yang kekal abadi . 

Sunday, 26 February 2012

trekking time . . .

Bgon suboh pkol 5.30am ! Awalnye , xpuas tido ni . Pastu ade exercise pulak ? haaiihh , buat jelaa . Tetiba lapar pulak rase . Nseb baek breakfast sedap ! Meehoon goreng ngan teh o . Da kenyang rase nak tidur laa plak . Tapi aktiviti pada first day sangat best !

Aktiviti Pulau Kapas di hari pertama : Knotting and Trekking !

Antara basic knotting yang kami pelajari


reef knot


clove hitch


figure of eight knot


Selepas dah belajar knotting , fasi da panggil utk aktiviti trekking pulak . Aku dah xsabar nak trekking ni . Maklum lah first time la ktekan , aku pun excited giler . Kesemua ahli kumpulan Pulau Kapas berpusu-pusu beratur nak trekking . Aku tgk semua muka excited jek . Setiap seorang perlu memakai PFD ( Personal Floating Device ) untuk seberang tasik itu . 


sejuk giler air tasik tuh ! huhue . . .


Selepas sampai di seberang , kami memulakan perjalanan meredah kampung2 yang ada . Jumpe budak2 kecik main baling selipar . Tapi mata aku menenung tajam ke arah itu . Ia telah mengugat keimanan ku . Nk tau ke ape bende tu ? sebok jelaa . . .


ni lah yang aku ktekan td :)


Kami pun meneruskan perjalanan dengan persekitaran dan keindahan pokok2 rambutan disekeliling . Kami pon jalan jelaa tanpa arah tuju


Kumpulan Kapas . aku kat depan is . nmpk tangan jek :(


Jalan punye jalan akhirnya penantian selama ini telah ku redahi . 


muka2 keriangan


*p/s : walaupun kepenatan yang kami miliki tetapi kepuasan yang kami alami sangat2 berharga setelah berjaya mengharungi pelbagai keperitan dan kesusahan ketika menawan Gunung Biong :)

Saturday, 25 February 2012

welcome to the new world . . .

Assalamualaikum ,
Selamat datang ke tempat yang akan menguji daya tahan mental dan fizikal anda . Ia juga akan menguji sejauh mane semangat kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain . Tempat ape tu ?


welcome to Tanjung Harapan 



Sampai saje di situ , kami beratur di tepi jalan . Kemudian kami mengangkut barang masing2 dan mengharungi perjalanan ke camp site tu sejauh 1km kalau xsilap . Memang pancit habes rase . Tapi aku tahan cover jelaa sebab awek byk boh . Tunjoklah jantan sikit . haha . Nasib baik laa air mineral ade dapat laa menghilangkan dahaga sikit . Selepas jauh perjalanan kami rentas akhirnya sampai juga kami di camp site . Inilah sebahagian daripada permandangan yang berada di camp site itu .


khemah pusat


sekitar tangki air , toilet dan chalet



*p/s : di kem , masa itu emas . emas itu mahal . segala aktiviti di ikat masa yang sangat2 limited . so , pandai2 la bahagikan masa itu dengan sebaiknya .