Tuesday, 28 February 2012

camp craft . . .

Aktiviti Hari ke-empat Pulau Kapas : Camp Craft

Setelah semalaman berada di dalam hutan tanpa kekurangan dari segi makanan dan minuman , ahli kumpulan aku mengukir senyuman dan kegembiraan setelah melihat kawan2 seperjuangan kami yang lain menyambut kami seperti seorang hero negara yang telah menyarung emas olimpik pertama untuk negara . Kami diibaratkan seperti seorang raja apabila dihidangkan semangkuk bubur yang besar dan ditemani secawan teh o . Setelah berjaya mengharungi survival yang amat sukar dan di akhiri dengan keenakan sajian di pagi hari membuatkan mata yang telah aku pakai semalaman ini ingin berehat . Aku pun melayani keinginan mata ini buat seketika tanpa pengetahuan fasi . Ramai juga yang bertafakur seketika di dalam khemah masing2 . Setelah dapat membayar semula waktu tidur aku ketika di sana , aku terus mencapai tuala di ampaian dan bergegas ke bilik air . Terasa kepenatan yang dialami semalam hilang begitu sahaja . Bersiap sedia untuk aktiviti yang seterusnya .


 gambar sekadar hiasan


Kami menjalani aktiviti yang simple selepas seharian membanting tulang untuk menyara hidup di dalam hutan . Kami pun menjalankan tugas yang diberikan masing2 . Ahli kumpulan aku membetulkan ampaian di seluruh camp site dan menyapu khemah pusat . Kami melakukan aktiviti ini sehingga ke malam . Kemudian disusuli dengan post mortem . Ahli kumpulan kami ditugaskan untuk menjadi pengawal malam ketika itu . Kami berlegar-legar di sekitar camp site dan melakukan tugasan itu dengan bertanggungjawab tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini . 

No comments:

Post a Comment