Ibarat mendapat durian runtuh . Inilah yang dapat digambarkan oleh setiap wajah keriangan peserta yang terukir . Dengan bertambah semangat , kami bersama-sama membersihkan dan mengemas seluruh camp site ini . Dengan lipas kudung peserta2 ni buat kerja . Maklum lah masing2 rindu kampung halaman , tempat jauh lagi dikenang . Selepas kesemua khemah telah dikemaskan kan , kesemua peralatan dikumpulkan . Aku dan Iskandar sebagai Ajk Peralatan melakukan tugas kami dengan cepat dan cermat . Menyemak semula peralatan yang dibawa supaya ia berada dalam kuantiti yang mencukupi dan baik . Setelah mengumpul kesemua peralatan UCSA , kami memindahkan kesemua peralatan itu ke dalam lori yang telah disewa . Kami berkumpul sambil menunggu bus yang masih belum tiba . Setelah menunggu dan menunggu , akhirnya bagai bulan jatuh ke riba , bus yang dinanti akhirnya kembali . Kami berpusu-pusu menaiki bus mengikut group masing2 . Masuk jek dalam bus , tak sampai beberapa minit masing2 dah melelapkan mata kerana keletihan mengalahkan orang berpuasa .
peserta berjalan pulang dengan kegembiraan
Kami selamat sampai ke kolej kenanga , tempat pertama sekali kami berkumpul . Di situ kami berkumpul untuk menghadiri majlis makan malam yang berada di sekitar Uitm Shah Alam . Kami mempersiapkan diri dengan memakai baju melayu yang dijadikan tema untuk majlis makan malam kami . Kami menelan segala makanan yang berada di situ sehingga puas kekenyangan . Kami juga dihiburkan dengan pelbagai nyanian dan tarian oleh peserta dan fasi .
kekenyangan yang tidak boleh disembunyikan
Perut sudah kenyang , mata pun nak pejam . Elok la tue , tidur dalam kelas aircond . Memang terbaek bohh ! Ngantuk laa , ape lg ? Tidur dulu deyh . ZzZzZzz . . .


No comments:
Post a Comment