Thursday, 23 February 2012

tugasan pertama . . .

Dalam perbincangan yang mengambil masa yang singkat , aku dilantik sebagai biro peralatan bersama-sama rakan seperjuangan Iskandar Dzulqarnain . Tugasan ini amat mencabar kerana kami perlu mengenal pasti dan meneliti setiap peralatan yang perlu dibawa dalam keadaan yang baik mahupun rosak dan dalam kuantiti yang mencukupi . Tanggungjawab ini dapat kami pikul bersama-sama bak kata pepatah '' bersatu teguh , bercerai roboh '' . Kami telah list kan peralatan yang akan dibawa oleh UCSA . Aku dan Is pun telah berbincang dengan ajk-ajk peralatan Uitm Shah Alam , Jengka dan Instedt dan kami telah mendapatkan senarai peralatan daripada setiap kolej masing-masing . Akhirnya , kami dapat menyelesaikan segala masalah-masalah yang timbul bersama-sama dan ianya semua berjalan dengan lancar .


No comments:

Post a Comment