Monday, 27 February 2012

survival series . . .

Aktiviti hari ketiga Pulau Kapas : Survival !

Bagaikan bulan jatuh ke riba . Hari yang dinantikan oleh semua peserta untuk mereka mengetahui sejauh mane ketulusan dan keikhlasan persahabatan di antara ahli kumpulan masing2 . Masing2 telah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal dalam mengharungi apa2 sahaja yang berlaku . Ada peserta yang berasa gelisah dan gundah gulana terutama sekali kaum hawa apabila menjalani survival ini sedangkan aktiviti belum bermula lagi . Kami memulakan perjalanan dengan menaiki bot untuk menyeberangi tasik ke sebuah pulau yang terpencil di sekitar pendalaman . Di situ , aku dapat merasakan suasana yang aman , sunyi dan tenteram dari segala pencemaran bunyi mahupun udara seperti yang berada di kota metropolitan . Kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami mengenai serba sedikit tentang orienteering .


inilah dia orienteering


Dengan berbekal kan surah yasin , telekong , sejadah dan kain pelekat kami diberikan kemudahan dari segi makan minum serta tempat tinggal . Fasi memberi kami pilihan untuk membentuk kehidupan kami dalam survival ini . Dengan kata sepakat , kumpulan aku mengambil parang , mancis , mestin dan flyshit bersertakan air secara percuma . Kami mengunjungi tapak survival kami yang diarahkan oleh abg megat . Setelah diberikan tapak survival dan passwod , kami terus menjalankan tugas yang diberikan tanpa sebarang bantahan . Aku ditugaskan untuk mengumpul kayu2 api sebanyak yang mungkin sehingga ke esok pagi . Aku dengan bersemangat ingin berbakti kepada kumpulan adalah dengan membantu segala keperluan yang masih belum disiapkan seperti pagar dan tempat berteduh . Malam mula menjelma , unggun api belum bersedia . Sepantas kilat aku mempersiapkan unggun api sebelum cahaya bulan menerangi malam ku . 


gambar sekadar hiasan


Dalam keindahan pada malam itu , segala cerita pahit , manis , suka dan duka telah menghiasi malam kami yang kebosanan . Dengan berbekal kan kopi yang enak , kami berkongsi cerita dan pendapat masing2 sehingga kesemua ahli kumpulan aku masih tidak jemu2 berborak sehinggalah kami tidak sedar pagi sudah kembali . Fasi yang hadir ke tapak kami tidak jemu menyuruh kami bertukar syif untuk berjaga tetapi aku rasa sangat segar selepas memperkenakan kopi yang lazat . Sehinggalah matahari terbit , kami membersihkan tapak survival dengan arahan drpd fasi yang bertugas . Kami berkumpul sebelum beransur pulang ke camp site . Dengan ini , aku dapat merasai betapa susahnya orang2 di zaman dahulu menyara hidup mereka terutama sekali bagi mereka yang mempunyai keluarga . Kita perlu bersyukur dengan segala nikmat dan kemudahan yang diberikan kepada kita . 


*p/s : susah-susah dahulu , senang-senang kemudian

No comments:

Post a Comment