Monday, 27 February 2012

keindahan kayak . . .

Aktiviti hari kedua Pulau Kapas : Kayak

Walaupun kesemua peserta nampak keletihan tetapi semangat membara yang ditunjukkan oleh setiap peserta membuatkan aktiviti yang seterusnya ini lebih enjoy . Mane tak nye aktiviti yang ditunggu-tunggu adalah kayak disekitar tasik . Fasi memberikan sedikit taklimat dan penerangan mengenai sejarah kayak , teknik berkayak , ciri-ciri keselamatan ketika berkayak dan sebagainya .


salah satu kayak jenis sit-on-top


Aktiviti kayak kami bermula pada pukul 12 tengah hari . Nasib baik cuaca mengizinkan kami untuk meneruskan ekspidisi kayak ini . Walaupun ramai awek-awek yang membebel kerana kulit mereka akan gelap kerana aktiviti ini tetapi jejaka-jejaka disana tetap teguh dengan pendirian mereka untuk meneruskan aktiviti walau dipukul ombak sekalipun bak kata pepatah , kalau takut dilambung ombak , jangan bersantai di tepi laut . Mujurlah partner aku diatas kayak adalah Iskandar Dzulqarnain . Beliau seorang yang profesional dalam bidang kayak ni . Beliau banyak memberi arahan dan tunjok ajar yang berguna pada masa hadapan sehingga ke anak cucu . Dipendek kan cerita , kami mengelilingi sekitar tasik chenderoh yang indah mempesona ini . Dikelilingi teratai2 yang mekar bersertakan air tasik seindah embun pagi telah menyemarakan mata kami . Bermain di fikiran ku , adakah semua yang berlaku ini adalah ilusi , imaginasi mahupun halusinasi semata-semata ? Ternyata segala persoalan yang bermain di minda adalah nyata . Kami meneruskan dayungan sehingga ke penghujungnya . Setelah berpenat lelah , kami di uji dengan melakukan aktiviti cap-size . Kami menjalankan aktiviti cap-size ini dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi . Tanpa rasa ragu , 5 kali melakukan cap-size tanpa henti . Setelah apa yang telah aku tempuhi ketika aktiviti berikut barulah aku sedar indah nya ciptaan Tuhan yang Maha Agung ini .


*p/s : Tidak perlu lah kita menjelajahi ke serata dunia untuk menjejaki keindahan bumi asing sedangkan di bumi sendiri tercipta sebuah khazanah yang dapat memberi nostalgia yang kekal abadi . 

No comments:

Post a Comment