Saturday, 25 February 2012

malam pertama . . .

Assalamualaikum !
Mungkin korang semua tertunggu post yang ni kan . Ape jadi kat aku dan kengkawan di Uitm Shah Alam . Haa , ni yang ceq nak habaq ckit ni . Cerita nye begini , selepas kami selamat sampai di Shah Alam , kami singgah di masjid Uitm Shah Alam untuk mengerjakan solat jumaat . Selepas solat , kami berkumpul di kolej kenanga sementara menunggu peserta-peserta yang lain . Masa pun berlalu dengan cepat , akhirnya peserta dari Uitm Shah Alam dan kolej Instedt pun muncul . Peserta dari Uitm Jengka lambat sampai kerana ada masalah teknikal . Ketika menunggu peserta dari Jengka sampai kami bersama-sama mengangkut peralatan-peralatan yang perlu dibawa ke dalam lori yang telah disewa .

kayak yang hendak dibawa ke camp site


Kami memindahkan segala peralatan dari satu tempat ke satu tempat sehingga lah ke malam . Akhirnya peserta dari Jengka sampai . Kami semua berkumpul di dataran kolej kenanga untuk membahagikan kumpulan masing-masing . Terdapat 4 kumpulan Pulau yang terdiri daripada Pulau Redang , Pulau Tioman , Pulau Kapas dan Pulau Sibu . Setiap Pulau didalami oleh 5 Gunung . Aku dimasukan ke dalam Gunung Ulu Kali dan Pulau Kapas . Setelah dibahagikan kumpulan , kami menjamu makan malam bersama-sama mengikut kumpulan masing-masing . 

 suasana makan malam pertama


Selepas makan baru lah nyenyak sikit nak tidur . Peserta lelaki menetap di kaki lima kolej kenanga sementara peserta perempuan pula di dalam surau . Tidur di kaki lima dengan angin dingin sepoi-sepoi bahasa merasakan aku berada di luar negara ketika musim salji . 
Nak tahu aktiviti kami keesokannya ? Tunggu . . .

No comments:

Post a Comment